Selasa, 11 Oktober 2011

marjinal anak merdeka


Ok. kali ini review tentang band kegemaran semua. Tak kira siapa, kutu rock, kaki isap gam, mat punk mahupun tukang lipat sejadah. Sesiapa dengar lagu mereka tentu akan suka akannya. Sebab kebanyakkan rentak lagu mereka lebih kepada lagu-lagu rakyat. Lagu yang bersemangat.
Ada 7 trek kesemuanya dalam EP ini. ‘Emang Pendek’. Darah Juang, Rakyat Merdeka, Partai, Hukum Rimba, Luka Kita, Kesempatan Milik Bersama dan Mata Rante. Durasi keseluruhan 29 minit.
Walaupun ada 2-3 lagu lama, tapi direkod semula dengan versi sedikit berbeza. Vokalis untuk EP ni, si Mike. Tapi bunyi vokal tetap semangat. Diterap dengan lirik yang humor tapi serius. Lebih kurang sama dengan acuan album Predator jugak.
Lagu pilihan aku untuk EP ni, Mata Rante dan Partai.
Untuk lagu Partai, bercerita pasal pemilu, bakal wakil rakyat yang menebar janji sebelum pilihan raya untuk menapak di hati rakyat, tapi seperti biasa ia cuma omongan kosong untuk menang saja. Par(tai)
*****
“25 jigo 25 jigo jadi seratus
pak haji disco, pak haji disco
kolornya putus”
Intro dari Mata Rante. Dinyanyikan ramai-ramai oleh budak-budak. dengan unsur humor. Kemas!
*****
“Kita ini anak merdeka
belajar hidup untuk buat berkarya
kita ini anak merdeka
belajar hidup buat untuk bersama”
Ini pulak, bahagian chorusnya. Cukup menginspirasikan.
*****
Keseluruhannya, lu kena cari sendiri pulak la CDEP ni.
Jangan salah sangka kalau jumpa CD ni, kerana sleeve ini dibuat dengan sais sleeve 7″.
Mau mp3 ke? Ok, tinggalkan e-mel, nanti gua try send. (Update 17/8; gua dah upload di mediafire, link cari kat depan)
oh, jigo itu apa benda ya?

Tidak ada komentar: